Esei Malaysia Prihatin 2020
PERTANDINGAN MENULIS ESEI HARI MALAYSIA 2020 “Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai.” Inilah antara bait-bait ucapan Perdana Menteri kesayangan semua, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April 2020. Tahun 2020, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 di mana tanah air kita Malaysia juga tidak terkecuali turut terpukul dengan kehadiran wabak baru ini. “Malaysia Prihatin”. Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020. Dua patah perkataan ini tidak asing lagi buat semua rakyat Malaysia kerana padanya membawa seribu satu cerita dan peristiwa di antara Malaysia dan Covid-19. Mengenangkan penubuhan Malaysia sejak tahun 1963, tarikh keramat 16 September 2020 melakar sejarah sambutan Hari Malaysia diraikan dalam keadaan sederhana dan norma baharu sesuai dengan pro...