ZaiJian 1439 H


***

Esok petang (maghrib) 1 Muharram,
Bermula lagi tahun hijrah yang baru... :')

Hijrah itu luas jika ingin dihurai dari pendefinisian,
Semua terletak pada si tuan badan,
Untuk menentukan,
Makna hijrah yang jadi pedoman.

Sepanjang tahun hijrah ini (yang akan berakhir esok),
Apa benda yang kita telah buat?
Berpuas hati? Pada amal sendiri?
Atau sedih? Kerana kelalaian yang fasih?

Tidak minta banyak untuk kali ini,
Cuma peringatan untuk semua,
Terutama sekali diri yang menulis ini.

Jangan sampai diri kita menjadi rugi,
Dahulu jaga solat, kini terus lelap,
Dahulu jaga dhuha, kini hanya tahu berhaha,
Dahulu bangun solat malam, kini malam tinggal kelam,
Dahulu jaga al-Mulk, kini hanya mampu angguk,
Dahuli Kahfi di hati, kini telah terganti.

Kerana fitrah manusia suka sempurna dari awal,
Esok 1 Muharram hari dalam hijrah yang paling awal,
Moga semua ada rancana yang baik,
Untuk kembalikan diri menjadi lebih baik,
Bukan untuk sanjungan duniawi,
Tetapi untuk kesejahteraan ukhrawi.

May Allah ease everything to everyone,
Become a better person for tomorrow and beyond,
Hopefully we can control "that" one,
An-Nafsu fil qalbi our enemy for our own.

AT, 9/9/18🖋

***
Esok saya akan kembali ke UMS semula, dan in shaa Allah akan menyambung kembali perjuangan menuntut ilmu :') May Allah ease everything💕 Ameen.









Comments

Popular posts from this blog

Interview Medic UMS 2019

Interview Medic UMS 2017

Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah